Mind & Body Fitness

Manusia mempunyai tubuh badan yang lengkap dan sempurna untuk menjalankan tugas-tugas normal dan juga semasa membuat kerja berat. Kebolehan membuat kerja ada hadnya. Had ini bergantung kepada faktor-faktor morfologi, anatomi dan fisiologi badan (iaitu bentuk luar dan dalam badan dan proses pekerjaan badan). Walau bagaimanapun, kita boleh menukar faktor-faktor ini kepada suatu tahap yang dikehendaki dengan menukar corak aktiviti badan kita. Dengan membuat aktiviti fizikal yang bercorak berlainan, maka fungsi badan terpaksa bertukar untuk menyesuaikan badan kepada keadaan yang baru. Dengan gambaran ini, bolehlah kita takrifkan latihan sebagai suatu keadaan di mana badan kita didedahkan kepada suatu sekitaran fisiologi yang baru.

Pendedahan ini akan mengakibatkan penukaran fisiologi badan untuk mengatasi atau beradaptasi kepada sekitaran baru . Contohnya, apabila kita berlatih untuk larian jarak jauh, maka fisiologi badan kita akan bertukar supaya keadaan yang berlaku pada badan kita semasa kita berlari ialah suatu keadaan yang normal sahaja.

Apabila kita bersenam atau membuat kerja fizikal, bermacam fenomena flsiologi berlaku. Proses fisiologi badan terpaksa meningkat kepada tahap yang lebih tinggi supaya badan dapat menghasilkan pengeluaran tenaga yang tinggi. Oksigen mesti dibekalkan kepada otot-otot yang sedang bekerja. Pembekalan oksigen ini mesti dinaikkan 3 atau 4 kali ganda normal oleh kerana otot-otot yang sedang bekerja memerlukan 3 atau 4 kali ganda kekuatan mengecut. Tanpa pembekalan oksigen yang mencukupi maka pengecutan otot akan menjadi lebih lemah dan lama kelamaan tidak dapat mengecut langsung.

Untuk membekalkan oksigen yang banyak ini semasa membuat kerja, jantung perlu mengepam dengan kadar yang lebih tinggi. Dengan kadar yang lebih ini, lebih banyak darah lagi dapat mengalir supaya lebih banyak oksigen dalam darah dapat diangkut ke otot-otot. Di samping jantung, paru-paru pun terpaksa bekerja kuat supaya lebih banyak udara dapat diambil dan ini akan membekalkan lebih banyak oksigen ke dalam paru-paru. Dengan kadar penukaran udara yang lebih ini karbon dioksid pun dapat dikeluarkan dengan jumlah yang banyak. Gambaran di atas menunjukkan proses fisiologi yang berlaku semasa kita bersenam atau membuat kerja fizikal. Tahap perjalanan proses di atas bergantung kepada beban kerja dan jangkamasa kita bekerja di mana semakin tinggi beban dan lama bekerja semakin tinggilah tahap proses itu berlaku.

Pasti setiap senaman, fisiologi badan kita akan bertukar seperti di atas dan kemudiannya selepas senaman, akan pulih balik kepada badan rehat atau normal. Walau bagaimanapun, setiap senaman akan memberi kesan kepada sistem fisiologi kita oleh kerana penukaran proses ini akan menggerakkan atau merangsangkan hampir semua sistem dalam badan kita. Jadi, sekiranya kita perlu bersenam seperti di dalam latihan tertentu, maka penukaran yang berlaku pada setiap senaman akan terkumpull dan memberikan suatu penukaran yang signifikan dan baik kepada seluruh fisiologi badan. Badan kita akan menjadi lebih sihat dan kita akan merasainya sepanjang kita lakukan senaman.

SDi bawah ialah penukaran-penukaran fisiologi badan yang berlaku akibat senaman jangkamasa sederhana dan panjang:


Sistem Jantung

Jantung merupakan suatu organ yang terpenting sekali di dalarn sistem fisiologi badan. Tugas pertama jantung ialah serupa sahaja seperti pam, iaitu mengepam darah dari tempat yang kurang oksigen ke paru-paru supaya oksigen dapat dimasukkan ke dalam darah dan karbon dioksid dikeluarkan, dan kemudian membawa oksigen ke seluruh badan.

Semasa bersenam atau bekeija, lebih banyak oksigen diperlukan. Jantung terpaksa meningkatkan kadar denyutan supaya darah dapat dibekalkan secukupnya. Dengan kadar denyutan yang sentiasa tinggi ini semasa latihan, maka gentian-gentian otot-otot jantung akan menjadi lebih besar (hipertropi). Hipertropi ini disebabkan oleh mekanisma pengecutan jantung di mana filamen-filamen gentian otot yang selalu bergerak akan menjadi lebih mudah terluncur. Keluncuran yang mudah ini pun akan mengakibatkan pengecutan otot yang lebih kuat. Dengan ini, latihan bukan sahaja membesarkan saiz otot jantung dan jantung itu sendiri tetapi juga memberi lebih kekuatan kepada setiap pengecutan jantung.

PENGELUARAN JANTUNG = ISIPADU STROK X KADAR DENYUTAN JANTUNG

Isipadu darah yang dipam keluar oleh jantung dalam seminit = Isipadu darah yang dipam keluar setiap denyut X Bilangan denyutan setiap minit

Contoh: 5.6L = 80m1. x 70d/min

Seperti yang diberikan di atas, banyaknya darah yang mengalir kepada keseluruhan badan (pengeluaran jantung) bergantung kepada isipadu strok dan kadar denyutan. Oleh kerana hasil latihan ialah saiz jantung yang besar dan pengecutan yang lebih kuat, maka seseorang yang berlatih akan menghasilkan isipadu strok yang besar. Oleh kerana isipadu strok yang besar, jadi untuk menghasilkan pengeluaran jantung yang tinggi semasa senaman, maka orang yang terlatih tidak perlu meningkatkan kadar denyutannya. ini akan menjimatkan tenaga dan juga tidak akan melesukan jantungnya walaupun senaman yang dibuat itu ialah pada tahap yang tinggi. Oleh itu kesan latihan terhadap sistem jantung ialah penghasilan hipertropi jantung dan penurunan kadar denyutan jantung. Jantung akan menjadi lebih kuat dan sihat.


Sistem Peredaran Darah

Tugas utama sel-sel darah ialah untuk mengikat oksigen supaya dapat dibawa ke otot-otot, untuk oksidasi dan seterusnya penghasilan tenaga. Selain dari itu, darah juga mengangkut karbon dioksid daripada otot-otot yang berkerja untuk dibuangkan ke paru¬paru. Di dalam latihan, oleh kerana kehendak otot terhadap oksigen tinggi, maka badan kita perlu membuat lebih banyak sel-sel darah merah. Hormon-hormon berkaitan dengan proses pembentukan darah akan ditingkatkan dan hemoglobin pun dihasilkan dengan kadar yang banyak. Bukan sahaja sel-sel hemoglobin meningkat, tetapi juga isipadu darah meningkat bersama. Semua ini akan memberi manfaat kepada sistem pengangkutan darah oleh kerana lebih banyak oksigen dapat dibekalkan dan lebih banyak karbon dioksid dapat dibuangkan tanpa memberi kesan buruk kepada kelicinan pengaliran darah.

Sistem saluran darah pun akan menjadi lebih cekap dengan latihan. Semasa kita membuat senaman, otot-otot yang bergerak akan memberi kesan “memicit” atau “mengurut” saluran-saluran darah yang terletak di antara kumpulan-kumpulan otot besar. Pengecutan dan pengenduran otot-otot inil akan mengurut saluran-saluran darah yang berdekatan.Ini adalah suatu fenomena yang baik kerana kesan jangkamasa panjang ialah saluran-¬saluran darah akan menjadi lebih kuat dan kenyal. Amoun darah yang mengalir dengan banyak semasa bersenam akan menyebabkan dinding saluran darah yang kenyal tadi memberi pengaliran yang tidak terencat atau terhalang. Kekenyalan yang tinggi ini membolehkan lebih banyak darah mengalir tanpa meningkatkan tekanan darah.

Di samping kesan mengurut tadi, lebih banyak kapilari darah terbuka semasa dalam latihan untuk membekalkan darah kepada organ-organ hujung atau periferi. Dengan lebih banyak lagi kapilari terbuka di samping saluran darah yang tiada rintangan, sudah pasti tekanan darah yang rendah dapat dihasilkan bagi orang-orang yang terlatih. Telah dibukti bahawa orang yang selalu bersenam akan dapat mengawal tekanan darah ke tahap yang normal.


Sistem Pernafasan

Semasa membuat kerja, penafasan perlu ditingkatkan untuk mengambil lebih banyak udara masuk ke dalam paru-paru. Banyaknya udara yang masuk bergantung kepada ruang dalam paru-paru, dan ini pula bergantung kepada keupayaan otot-otot respirasi seperti diafram dan otot interkostal untuk membesarkan ruang dalam bahagian toraks (dada) badan. Otot-otot respirasi yang kuat boleh menghasilkan ruang dalam toraks yang lebik besar kerana dada boleh dibesarkan. Oleh yang demikian, otot-otot respirasi yang kuat membolehkan seseorang bernafas dengan lebih dalam, sempurna dan isipadu yang lebih besar Dengan itu lebih banyak oksigen dapat dibekalkan ke paru-paru. Semasa latihan, otot-otot respirasi bertambah besar dan menjadi lebih kuat.Juga kekuatan pengaliran udara melalui saluran pernafasan akan meningkat dan ini akan memastikan saluran pernafasan bersih dan licin. Latihan akan memberi seseorang kebolehan mengambil nafas dengan kadar tinggi tanpa kelesuan atau rintangan. Di samping itu, keupayaan paru-paru pun meningkat. ini bermakna oksigen lebih mudah diserap ke dalam paru-paru dan seterusnya ke darah untuk menghasilkan suatu sistem pernafasan yang amat cekap. Jesteru itu orang yang selalu bersenam tidak akan merasa letih dan lesu.


Sistem Hormon

Setiap kali senaman dilakukan, berbagal jenis hormon I iaitu bahan kimia dalam badan,dikeluarkan. Ini bertujuan untuk menolong badan meningkatkan proses fisiologi semasa keperluan badan bertambah. Hormon-hormon yang penting dalam proses ini ialah Adrenalin dan Nonadrenalin. Kedua¬dua hormon inl akan meningkatkan kadar metabolisma dan aktiviti jantung. Hormon ini juga dikeluarkan dalam keadaan tekanan mental. Oleh kerana seseorang di dalam latihan selalu didedahkan kepada hormon-hormon ini, maka pengeluaran adrenalin dan nonadrenalin dalam keadaan ‘stres’ mental tidak akan memberi kesan buruk yang ketara.

Bagi orang-orang yang selalu berlatih, hormon stres ini merupakan hormon senaman sahaja dan tidak sangat peka kepadanya. Oleh yang demikian, orang-orang yang terlatih dalam sukan boleh melawan dan mengurus tekanan mental dengan lebih mudah dan sempurna tanpa menunjukkan kesan-kesan buruk.


Sistem-sistem Lain

Terdapat juga penukaran kepada sistem lain tetapi penukarannya tidak begitu signifikan. Contohnya, latihan pun merangsang sistem saraf di mana kita menjadi lebih aktif dari segi mental. Telah dibuktikan di 23 buah universiti di Europa dan Amerika Syarikat bahawa pelajar yang lebih aktif dalam sukan menunjukkan prestasi akademik yang Iebih tinggi apabila dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang tidak aktif. Juga dengan latihan, kawalan suhu badan lebih cekap dan lebih mudah dikawal.

Sebagai kesimpulan, memang tidak boleh dinafikan bahawa senaman akan memberi penukaran yang baik bagi kita semua. Penukaran ini akan berkekalan selagi kita aktif dan terus berlatih. Apabila senaman dihentikan dengan lama atau cara hidup kita balik kepada corak tak aktif, semua penukaran balk tadi akan hilang. Juga cara hidup yang tidak sihat saperti merokok pun akan bukan sahaja menghentikan penukaran yang baik tetapi juga memberi penukaran dan akibat yang amat buruk kepada fisiologi dan kesihatan badan kita. Oleh itu kita mesti selalu bersenam untuk kualiti hidup yang lebih baik dan bermakna.


Dr. A Wahab Kosai

Mind & Body Fitness